Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu, Perbadanan Pelancongan Sabah jalin kerjasama jadikan Sabah pusat pelancongan filem
Published on: Saturday, December 21, 2024
Published on: Sat, Dec 21, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu, Perbadanan Pelancongan Sabah jalin kerjasama jadikan Sabah pusat pelancongan filem
CHESTER (keempat dari kiri) menyerahkan kertas kerja mengenai menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan filem kepada Julinus (keempat dari kanan) sambil diperhatikan oleh yang lain.
PERSATUAN Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) dan Perbadanan Pelancongan Sabah (STB) mencapai persetujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan filem.

Presiden KKFVA Chester Pang, berkata satu memorandum kerjasama dijangka dimeterai pada awal 2025 untuk mempercepatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif ke arah mencapai matlamat terbabit.

Advertisement
Menurutnya, persetujuan itu dicapai selepas kunjungan hormat KKFVA kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB, Julinus Jeffery Jimit, di pejabatnya di Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Pertemuan ini bertujuan membentangkan kertas kerja cadangan kerjasama bagi membuka peluang baharu kepada pembikin filem tempatan, di samping mempromosikan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budaya Sabah di persada dunia melalui filem serta pasaran filem antarabangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Keindahan alam semula jadi Sabah dan warisan budayanya yang kaya dan pelbagai membuka peluang signifikan kepada pelancongan berasaskan filem.

“Dengan mengetengahkan tarikan unik Sabah menerusi filem, dokumentari, dan siri televisyen, negeri ini dapat meningkatkan jenama pelancongan globalnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Advertisement
Chester berkata, perbincangan mereka turut menumpu ke arah meneroka potensi industri filem dalam mempromosikan Sabah sebagai destinasi dan produk pelancongan, memudahkan kolaborasi antara STB, penggiat industri tempatan dan rumah produksi antarabangsa, dan mewujudkan garis panduan dan insentif untuk produksi memilih Sabah sebagai lokasi penggambaran.

Penerbit filem Craze Below The Wind itu juga berkata, produksi tempatan turut menjadi penyumbang kepada pelancongan dan ekonomi Sabah.

Advertisement
“Perbelanjaan produksi menunjukkan peningkatan ketara dari 2022 hingga 2024.

“Perbelanjaan penghasilan filem tempatan oleh produksi Sabah sahaja mencecah RM2.72 juta pada 2022, RM3.09 juta pada 2023, dan RM6.97 juta pada 2024.

“Pada 2022 dan 2023, hanya empat dan lima filem tempatan masing-masing ditayangkan di pawagam. Namun, tahun ini, sebanyak 22 filem sedang dalam pembikinan.

“Tiga filem tempatan sudah pun ditayangkan di pawagam, tujuh lagi dalam fasa pra-produksi, lima dalam fasa pasca-produksi, dan 10 filem lagi bakal ditayangkan di pawagam.

“Perbelanjaan produksi ini belum termasuk dokumentari, drama, telemovie, dan bentuk produksi media yang lain,” katanya.

Menurutnya lagi, KKFVA turut mencadangkan beberapa strategi yang boleh dilaksanakan antara persatuan terbabit bersama STB ke arah merealisasikan Sabah sebagai pusat pelancongan filem.

Antara yang dicadangkan adalah mewujudkan sebuah taman perfileman di Kiulu yang akan dilengkapi kemudahan seperti studio mini, rumah kebudayaan, penginapan produksi, dan ruang pelbagai fungsi.

“Taman perfileman ini akan memberi manfaat kepada pembikin filem, pelancong, dan juga masyarakat tempatan.

“Bagi pembikin filem, ia akan menyediakan mereka hab produksi yang lebih murah dan versatil, serta dilengkapi latar belakang kebudayaan dan alam semula jadi.

“Selain itu, taman ini boleh menjadi satu lagi tarikan pelancongan baharu di Sabah, dengan pelancong dapat merasai pengalaman menyaksikan di sebalik tabir pembikinan filem serta menikmati kebudayaan dan keindahan alam semula jadi di sekitarnya.

“Ini secara langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, bukan sahaja untuk komuniti filem tetapi juga kepada penjaja serta peniaga kecil.

“Kita juga boleh menarik produksi filem antarabangsa untuk menggunakan kemudahan ini, sekali gus menambah pendapatan negeri,” katanya.

Menyambut baik cadangan terbabit, Julian berkata beliau kagum dengan potensi besar yang dimiliki industri perfileman Sabah dalam menarik pelancong.

“Saya akan membawa cadangan kerjasama ini ke peringkat lembaga pengarah untuk diperhalusi,” katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Setiausaha KKFVA Sahara Usli; Exco KKFVA, Zahm Zulkifli dan Jade Morris; Pegawai Eksekutif KKFVA, Bibi Harith; serta pengarah dan penerbit filem tempatan, Michelle Pang dan Gregory Giting.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here