Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Keluarga gembira sambut Krismas di rumah baharu
Published on: Saturday, December 21, 2024
Published on: Sat, Dec 21, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Keluarga gembira sambut Krismas di rumah baharu
FANDY menerima kunci rumah mesra SMJ.
MEMBAKUT: Tujuh sekeluarga bakal meraikan sambutan Krismas tidak lama lagi apabila mereka berpindah ke rumah baharu mereka di Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), pemberian kerajaan negeri di bawah Program Perumahan SMJ, di sini baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif yang menyerahkan kunci rumah kepada ketua keluarga Fandy Serutin dari Kampung Takapan berkata, mereka sekeluarga sudah pasti gembira menerima rumah baharu itu.

Advertisement
Beliau berkata, rumah itu disediakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai salah satu inisiatifnya membantu golongan kurang berkemampuan.

Ariffin berkata demikian selepas majlis penyerahan rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kini, Fandy dan isteri bersama lima anak boleh tinggal selesa di rumah yang baru siap itu memandangkan kediaman mereka sebelum ini sudah tidak sesuai untuk didiami dan saya harap ini membawa kegembiraan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, lebih ramai individu yang layak akan terus mendapat manfaat daripada program ini pada masa akan datang.

Advertisement
Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Membakut Ibrahim Terki dan yang lain. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here