Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Duta Korea Selatan puji usaha Esscom
Published on: Sunday, December 22, 2024
Published on: Sun, Dec 22, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Duta Korea Selatan puji usaha Esscom
Duta Besar Korea Selatan Yeo Seung Bae - foto Bernama
LAHAD DATU: Duta Besar Korea Selatan Yeo Seung Bae gembira dengan usaha Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam memastikan keselamatan pelancong Korea yang melawat Esszone.

Beliau berkata maklumat tepat akan disampaikan kepada rakyatnya supaya lebih ramai pelancong dari negaranya datang melawat Malaysia dan Sabah.

Advertisement
Yeo berkata lawatannya ke Esscom di sini adalah penting terutama dalam mengetahui tahap keselamatan di Esszone.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos melahirkan rasa terima kasih kepada Yeo dan delegasinya kerana melawat Esscom dan mendapatkan situasi semasa di Esszone.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya berharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak. Paling penting, kami berharap Republik Korea akan menarik balik nasihat perjalanan dan menggalakkan rakyatnya melawat pantai timur Sabah.

“Diharap selepas lawatan ini, jumlah ketibaan pelancong dari Korea Selatan akan menunjukkan peningkatan yang ketara,” katanya.

Advertisement
Semasa kunjungan hormat itu, Yeo dan delegasinya diberi taklimat mengenai tahap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di pantai timur Sabah sejak Esszone dan Esscom ditubuhkan lebih 11 tahun lalu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here