Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bangun modal insan penting – Ghani
Published on: Monday, December 23, 2024
Published on: Mon, Dec 23, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Bangun modal insan penting – Ghani
ABDUL Ghani menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar.
NABAWAN: Sekolah adalah tempat di mana aset berharga iaitu anak-anak, diasuh dan dididik serta menimba ilmu pengetahuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin, berkata ilmu tidak hanya terbatas di atas kertas, malah ilmu pengetahuan itu sangat luas dengan banyak aspek dan bidang yang perlu diterokai.

Advertisement
“Jadi, kita semua sebagai manusia sebenarnya tidak akan pernah berhenti menimba ilmu pengetahuan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Morning Glory Finale SMK Nabawan pada Jumaat.

Tegasnya, walaupun asas pendidikan bermula di sekolah, proses pembelajaran juga turut berlaku di rumah dan di luar sekolah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Abdul Ghani berkata sebagai wakil rakyat, beliau amat menitikberatkan kepentingan dan kesejahteraan pembangunan modal insan. 

Menurutnya, warga sekolah seperti guru, kakitangan sekolah, dan murid adalah kumpulan yang perlu dijaga kebajikan dan keperluan mereka kerana generasi masa depan yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan amat diperlukan.

Advertisement
“Sebab itulah, sebelum menjadi wakil rakyat, saya tidak pernah mengetepikan isu berkaitan pembangunan modal insan, khususnya dalam menyuarakan keperluan pembangunan dan kebajikan sekolah di seluruh Nabawan, terutamanya sekolah daif di pedalaman,” jelasnya.

Selain itu, Abdul Ghani berkata beliau juga amat menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan, kesukarelawanan, dan keusahawanan dalam pelbagai bidang yang melibatkan anak-anak muda di daerah ini.

Advertisement
“Anak-anak adalah pewaris kepimpinan masa depan dan perintis kepada kecemerlangan. Kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki dan meningkatkan pencapaian daerah Nabawan yang kita sayangi ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

“Belajarlah dengan tekun dan lakukan yang terbaik untuk menjawab kertas peperiksaan. Anggaplah peperiksaan SPM dan STPM ini sebagai langkah pertama menuju kejayaan hingga ke menara gading,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Ghani, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), menyampaikan bantuan alat tulis kepada 900 pelajar di daerah itu yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Beliau juga menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 kepada SMK Nabawan untuk meringankan biaya majlis jamuan akhir tahun sekolah itu.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Pensiangan Khairul Akhmal Abdullah dan Pengetua SMK Nabawan Goh Soon Peng.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here