Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ram ikrar kembalikan kegemilangan memanah
Published on: Monday, December 23, 2024
Published on: Mon, Dec 23, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Ram ikrar kembalikan kegemilangan memanah
RAM (duduk ketiga dari kanan) bersama jawatankuasa baharu.
Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Memanah Sabah yang baru dipilih Datuk Ram Singh berikrar untuk mengembalikan zaman kegemilangan sukan itu di negeri ini di bawah kepimpinannya.

Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu itu telah diundi mengetuai badan negeri tersebut pada mesyuarat agung tahunannya yang diadakan di Dewan KBS di Kepayan pada Sabtu.

Advertisement
Ram akan dibantu oleh Timbalan Presiden Sulaiman Sadude (Tawau), Setiausaha Agung Hajah Kartini Haji Kamis (Kota Kinabalu), Penolong Setiausaha Rizwan Dahlan (Lahad Datu), Bendahari Christinillus Lobinjang (Penampang) dan ahli jawatankuasa Mohd Nasri Patang Nagari (Tawau), Amran Atong (Lahad Datu), Dr Andrew Wong Vun Fah (Penampang), Siti Cynthia Dewi Shawal (Keningau), Davie Mojunting (Kudat), Chong Yew Kim (Keningau), Samson @ Henry Yanga (Ranau), Mohammad Shafie Zulkifli (Lahad Datu) dan Rithzal Nasir (Kota Kinabalu).

Dalam ucapannya, Ram berharap barisan baharu itu dapat memberikan sokongan tersusun dalam pembangunan sukan memanah kepada semua daerah dengan tadbir urus yang telus dan perwakilan yang baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ram menyeru kesemua lapan gabungan- Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Kudat, Ranau, Keningau, Tuaran dan Lahad Datu agar bekerjasama dan memartabatkan nama baik sukan itu.

“Kita mesti maju dengan kekuatan dan memastikan pemanah negeri dari pelbagai daerah menyumbang pingat emas di semua peringkat pertandingan kerana ini adalah salah satu sukan yang merangkul emas bagi negeri ini.

Advertisement
“Pada masa sama, Persatuan juga akan membantu pasukan Para Sabah dalam usaha mencapai kecemerlangan.

“Pada masa ini, kami mempunyai beberapa jurulatih memanah yang berpengalaman dan bertauliah yang telah melahirkan pemanah kebangsaan dan antarabangsa dari negeri ini.

Advertisement
“Menganjurkan lebih banyak kursus dan seminar kejurulatihan memanah peringkat kebangsaan dan antarabangsa di negeri ini juga dalam agenda,” tambahnya.

Ram juga berharap lebih banyak ahli gabungan akan ditubuhkan pada masa akan datang dan badan negeri itu akan cuba sedaya upaya mendapatkan dana untuk menganjurkan program masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here