Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri: ‘ICAC juga kata tak ada kes’
Published on: Monday, December 23, 2024
Published on: Mon, Dec 23, 2024
Text Size:
Text:
Pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri: ‘ICAC juga kata tak ada kes’
Rahman (kiri), menggesa pihak yang masih mempertikaikan pelantikan Musa (kanan) sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah supaya merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC), Hong Kong, yang mendapati sebenarnya tidak ada kes untuk diteruskan.
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menggesa pihak yang masih mempertikaikan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah supaya merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC), Hong Kong, yang mendapati sebenarnya tidak ada kes untuk diteruskan.

Ini berkaitan 44 dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dipertikaikan, yang secara tiba-tiba dihidupkan semula semasa pemerintahan pertama kerajaan persekutuan Pakatan Harapan, walaupun dengan hasil siasatan oleh ICAC, sebelum akhirnya digugurkan oleh kerajaan persekutuan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

Advertisement
“Ini kerana sebelum ini, seorang ahli parlimen pembangkang ketika itu telah membuat aduan rasuah yang sama terhadap Musa kepada ICAC. ICAC adalah salah satu agensi anti-rasuah yang paling dihormati di peringkat antarabangsa.  

“Menurut Transparency International, sebuah badan antarabangsa bebas yang berfungsi untuk memantau dan memerangi rasuah di seluruh dunia, reputasi dan profesionalisme kerja ICAC telah menjadi piawaian emas bagi agensi-agensi anti-rasuah di seluruh dunia.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiada siapa yang berani menuduh ICAC dipengaruhi oleh ‘tangan ghaib’ kerana ICAC mempunyai kredibiliti yang sukar untuk dipertikaikan.  

“ICAC telah menjalankan siasatan terperinci termasuk di Malaysia berhubung tuduhan ahli pembangkang itu dan mendapati tiada kes untuk dituduh terhadap Musa,” katanya dalam satu kenyataan.  

Advertisement
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, terdapat beberapa pihak yang masih mempertikaikan pelantikan Musa dengan mendakwa terdapat “tangan ghaib” yang mempengaruhi keputusan mahkamah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Peguam Negara.

“Ini adalah tuduhan yang agak serius kerana mereka secara tidak langsung mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang melantik Musa sebagai TYT (Tuan Yang Terutama) yang baharu.  

Advertisement
“Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dan dilindungi oleh undang-undang negara selagi ia tidak mengandungi unsur fitnah, melanggar undang-undang, dan tidak menghasut, terutama terhadap Institusi Diraja.  

“Kami mengalu-alukan sebarang usaha untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa demi masa depan negara kita. Idealisme untuk memperjuangkan isu-isu membabitkan kepentingan awam perlu disokong agar dapat menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat Malaysia.  

“Untuk menilai sama ada tuduhan serius ini benar atau tidak, rujukan utama kita ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah, SPRM, dan Peguam Negara. Ketiga-tiga entiti ini telah membebaskan Musa daripada tuduhan rasuah,” katanya.  

Abdul Rahman, yang juga Ketua Bahagian Umno Tuaran, menegaskan bahawa Agong, Perdana Menteri, dan Ketua Menteri Sabah tidak terlibat dalam keputusan membebaskan Musa pada Jun 2020.  

“Ketiga-tiganya bahkan belum menjawat jawatan pada waktu itu. Saya pasti pembebasan Musa oleh ketiga-tiga entiti ini telah menjadi asas utama untuk proses tapisan ketat yang dilakukan oleh Istana Negara sebelum mengumumkan pelantikan Musa sebagai TYT.  

“Asas lain yang diambil kira sudah tentu perkhidmatan TMA sebagai Ketua Menteri Sabah dan pencapaian pembangunan Sabah yang mengagumkan semasa pentadbirannya,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here