Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot terbalik di Kinabatangan
Published on: Thursday, December 26, 2024
Published on: Thu, Dec 26, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot terbalik di Kinabatangan
Penyelamat bomba di kawasan lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di Kinabatangan. (Gambar bomba)
KINABATANGAN: Serang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot membawa kayu belian yang dinaikinya bersama tiga rakan karam di Kampung Bilit, pada petang Khamis. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 petang. 

Advertisement
“Menurut maklumat daripada waris mangsa, dalam kejadian pada jam 1 petang tersebut, mangsa , Maznin Kahar, 40, bersama tiga orang rakan sekerja menaiki sebuah bot yg membawa muatan kayu belian dari tempat pemunggahan.

“Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki terlanggar suatu objek menyebabkan bot tersebut terbalik dan karam,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya lagi, tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa sempat berteriak meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya. 

Namun,mangsa tidak berjaya diselamatkan oleh rakannya. 

Advertisement
Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama anggota polis dan orang kampung. 

Setakat jam 6 petang Khamis, mangsa masih belum ditemui. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here