PAPAR: Seorang lelaki berusia 77 tahun cedera parah selepas Toyota Hilux dirempuh di KM 38, Jalan Keningau – Kimanis, di sini, Isnin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan tiga anggota diketuai Pegawai Kanan Mohd Arrif Ag Sulaiman bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan jam 5.41 petang.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa bersama dua penumpang terbabas di luar kawalan sebelum merempuh bahu jalan.
Katanya lagi, pemandu dan dua lagi mangsa, seorang lelaki berusia 58 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun yang cedera ringan tdikejarkan ke hospital oleh orang awam dan pegawai Jabatan Kesihatan sebelum ketibaan pasukan.
Operasi tamat jam 6.10 petang.