Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua wanita cedera kereta masuk gaung
Published on: Friday, December 27, 2024
Published on: Fri, Dec 27, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua wanita cedera kereta masuk gaung
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa.
TAWAU: Dua wanita cedera apabila kereta Proton Iriz yang mereka naiki diprcayai terbabas sendiri lalu masuk ke dalam gaung sedalam empat meter di Jalan Ranggu, pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata, kedua-dua wanita berusia 31 dan 33 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

Advertisement
“Pasukan berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mereka sebelum dihantar ke Hospital Tawau dengan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, Rabu. 

Terdahulu, katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.40 pagi menerusi MERS 999.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, jentera tiba di lokasi sejauh 16 kilometer (km) itu pukul 7.57 pagi dan menamatkan operasi jam 8.19 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here