Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua cedera kereta rempuh tiang elektrik di Kota Belud
Published on: Friday, December 27, 2024
Published on: Fri, Dec 27, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Dua cedera kereta rempuh tiang elektrik di Kota Belud
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.
KOTA BELUD: Dua dilaporkan cedera selepas kereta Proton Saga Aeroback dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kampung Kawang-kawang di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 29 tahun dihantar ke hospital Kota Belud untuk menerima rawatan lanjut.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 5.22 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bomba dikerah ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat tiga mangsa dan salah seorangnya tidak mengalami kecederaan serius.

“Dua mangsa cedera dikeluarkan orang awam manakala seorang lagi dikeluarkan pasukan bomba,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, dua yang cedera dihantar ke hospital Kota Belud menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan lokasi serta kenderaan yang terlibat kemalangan turut dijalankan bagi mencegah bahaya lain.

Advertisement
“Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6 petang manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here