Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dikhuatiri mangsa buaya
Published on: Friday, December 27, 2024
Published on: Fri, Dec 27, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lelaki dikhuatiri mangsa buaya
LOKASI di mana bot mangsa karam.
KINABATANGAN: Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot membawa kayu belian yang dinaikinya bersama tiga rakan, karam di Kampung Bilit, di sini pada petang Khamis. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 petang. 

Advertisement
“Menurut maklumat daripada waris mangsa, dalam kejadian jam 1 petang tersebut, Maznin Kahar, 40, bersama tiga rakan sekerja menaiki sebuah bot yang membawa muatan kayu belian dari tempat pemunggahan. Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki terlanggar suatu objek menyebabkan bot tersebut terbalik dan karam,” katanya.

Tambahnya, tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa sempat berteriak meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Namun, mangsa tidak sempat diselamatkan oleh rakannya. 

Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama anggota polis dan orang kampung. 

Advertisement
Setakat jam 6 petang Khamis, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini (Jumaat). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here