Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen
Published on: Saturday, December 28, 2024
Published on: Sat, Dec 28, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen
MARITIM memeriksa tangkapan di salah sebuah bot. Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen 
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan di perairan Tabawak dan Kunak pada Khamis kerana melanggar syarat lesen.  

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bot pertama ditahan kira-kira jam 2 petang di perairan Kampung Pangi Hujung Kunak, manakala bot kedua ditahan pukul 4.30 petang di perairan Pulau Majinkil.  

Advertisement
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot pertama dikendalikan oleh dua lelaki tempatan dengan hasil tangkapan seberat 2kg, manakala sebuah lagi dikendalikan oleh dua lelaki tempatan dan seorang warga Filipina dengan hasil tangkapan seberat 4kg.  

 Kesemua individu di atas bot terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan di kawasan kurang dari 1.5 batu nautika dari pesisir.

“Kesemua bot, kru, dan hasil tangkapan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM188,000.  

Advertisement
Dalam pada itu, Dzulfikhar berkata, Maritim tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan akan terus memantau serta melakukan rondaan di perairan negara.  

Bagi sebarang aduan dan maklumat mengenai aktiviti jenayah serta kecemasan, orang awam boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di 016-9305727 atau Mers 999 untuk tindakan segera.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here