Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Universiti Malaysia Sabah semai ilmu, tingkatkan kehidupan komuniti
Published on: Saturday, December 28, 2024
Published on: Sat, Dec 28, 2024
Text Size:
Text:
Universiti Malaysia Sabah semai ilmu, tingkatkan kehidupan komuniti
PESERTA-peserta projek diberi latihan berkenaan teknik penanaman yang betul menggunakan medium penanaman yang sesuai serta penjagaan tumbuhan berkenaan.
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan masyarakat melalui program yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat. 

Salah satu inisiatif penting tersebut adalah menerusi program pemindahan ilmu kepada komuniti Rumah Amal Kasih Kingfisher di Kota Kinabalu yang memfokuskan kepada anak-anak yatim piatu dan asnaf. 

Advertisement
Aktiviti program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang agrobioteknologi dan teknologi pertanian moden itu diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wilson Yong Thau Lym, seorang pakar dalam kultur tisu tumbuhan dan bioteknologi tumbuhan. 

Menurut Dr. Wilson, objektif utama projek ini adalah untuk membantu komuniti tersebut mengembangkan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi mereka melalui teknologi pertanian moden.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Aktiviti pemindahan ilmu yang dijalankan melibatkan aspek-aspek seperti formulasi media penanaman, penggunaan baja serta kaedah penanaman fertigasi. 

“Program pemindahan ilmu yang melibatkan projek inovasi penanaman tanaman sayur-sayuran telah bermula sejak Mei tahun ini dan dilaksanakan secara berperingkat dengan penyertaan seramai 20 orang kanak-kanak, remaja, dan kakitangan Rumah Amal Kasih Kingfisher. 

Advertisement
“Aktiviti yang dijalankan termasuk latihan asas bioteknologi pertanian, pemasangan sistem fertigasi secara gotong-royong dan pemantauan berkala plot tanaman yang telah dibangunkan,” katanya. 

Menurut beliau, dalam satu sesi lawatan khas yang diadakan di IPB bersempena program tersebut, para peserta diberi penerangan mendalam mengenai aplikasi agrobioteknologi yang mampan. 

Advertisement
“Mereka juga diberi peluang untuk melawat makmal kultur tisu tumbuhan dan fasiliti transgenik di institut ini. 

“Selain itu, peserta turut mengikuti latihan teknik penanaman benih tumbuhan yang melibatkan kaedah penjagaan tanaman yang tepat,” katanya.

Tambah beliau, program tersebut telah mendapat sokongan daripada tenaga pakar IPB, termasuk Prof. Madya Dr. Kenneth Francis Rodrigues yang merupakan pakar genetik tanaman dan Pegawai Penyelidik Kanan IPB, Haslan Roslie. 

Wilson turut merakamkan penghargaan kepada Rumah Amal Kasih Kingfisher yang diketuai oleh penyelia organisasi, Jamrie Saparih yang telah memastikan program tersebut mencapai matlamatnya dalam membangunkan keupayaan komuniti menerusi kerjasama erat bersama IPB. 

Sementara itu, Pengarah IPB, Profesor Dr. Lee Ping Chin menegaskan bahawa program pemindahan ilmu seperti itu adalah bukti komitmen berterusan UMS dalam mendukung agenda pendidikan inklusif dan inovatif, selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

“Saya percaya bahawa program seperti ini memberikan manfaat jangka pendek kepada komuniti, tetapi lebih penting lagi ia membuka jalan kepada transformasi sosioekonomi yang mampan dalam jangka masa panjang. 

“Dengan menyemai ilmu dan kemahiran, komuniti akan lebih berdaya tahan dan mampu berdikari dalam menghadapi cabaran masa depan,” ujar beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here