Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pemuda PGRS buat laporan polis terhadap Fahmi Reza
Published on: Saturday, December 28, 2024
Published on: Sat, Dec 28, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pemuda PGRS buat laporan polis terhadap Fahmi Reza
PEMUDA PGRS Sri Tanjong dan Bahagian Zon 12 membuat laporan polis di IPD Tawau terhadap Fahmi Reza, pada Jumaat.
TAWAU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sri Tanjong pada Jumaat membuat laporan polis terhadap aktivis politik Fahmi Reza berhubung tindakannya yang didakwa menghina Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Musa Aman melalui karikatur yang tular di media sosial.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sekitar jam 4.30 petang bersama Pemuda PGRS Bahagian Zon 12 yang meliputi Balung, Apas, Sri Tanjong, Kukusan, Merotai, Sebatik dan Tanjung Batu.

Advertisement
Menurut kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook Pemuda Gagasan Rakyat Sabah N.69 Sri Tanjong, laporan polis itu dibuat atas dasar mempertahankan martabat institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang menjadi simbol kedaulatan negeri serta perpaduan rakyat Sabah.

“Kami memandang serius tindakan tersebut, yang dianggap melampaui batas dan tidak menghormati kedudukan serta peranan TYT sebagai Ketua Negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) percaya kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan untuk tujuan menghina atau mencemarkan nama baik mana-mana pihak, lebih-lebih lagi institusi penting negeri seperti TYT,” kata kenyataan tersebut. 

Mereka juga menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera terhadap perkara itu dan mengambil tindakan tegas, sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Advertisement
“Kami juga menyeru rakyat Sabah untuk bersama-sama mempertahankan keharmonian negeri dengan menolak tindakan provokatif yang boleh mencetuskan perpecahan atau ketegangan. Hormatilah prinsip undang-undang dan sensitiviti masyarakat kita,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, Pemuda PGRS komited untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dan mempertahankan kedaulatan negeri dari sebarang cubaan mencemar institusi-institusi utama.

Advertisement
Terdahulu, Fahmi Reza dilaporkan tiba di Kota Kinabalu pada Jumaat dan turut memuat-naik gambar beliau memegang poster karikatur provokasi berbentuk hinaan terhadap Musa di hadapan bangunan Maybank Jalan Pantai, Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here