Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mayat mangsa buaya ditemui
Published on: Saturday, December 28, 2024
Published on: Sat, Dec 28, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Mayat mangsa buaya ditemui
Mayat mangsa (kanan), yang hilang lengan kiri, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
KINABATANGAN: Mayat lelaki yang diserang buaya ditemui satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Bilit, Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Khamis apabila mangsa dikenal pasti sebagai Maznin Kahar, 40, diserang selepas bot yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terbalik.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam pada 6 pagi Jumaat, satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan diserang buaya itu.

Mayat mangsa, yang hilang lengan kiri, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut keluarga mangsa, dia dan tiga rakan sekerja menaiki bot membawa muatan kayu ke kawasan pemunggahan.

Bagaimanapun, semasa perjalanan itu, bot berkenaan melanggar sebuah objek menyebabkan ia terbalik dan tenggelam.

Advertisement
“Tiga daripada rakan mangsa sempat berenang menyelamatkan diri, namun mangsa yang diserang buaya sempat menjerit meminta tolong, walaupun rakannya tidak dapat menyelamatkannya,” kata Nurul Azlan Shah dalam satu kenyataan, Jumaat.

Susulan laporan yang diterima jam 1.35 tengah hari itu, pihak bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan polis dan penduduk kampung menggunakan bot milik masyarakat setempat.

Advertisement
Hari pertama operasi SAR ditangguh pada 5.39 pagi dan disambung semula pada pagi Jumaat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here