Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua lemas, seorang masih hilang
Published on: Saturday, December 28, 2024
Published on: Sat, Dec 28, 2024
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Dua lemas, seorang masih hilang
ANGGOTA penyelamat SAR mencari mangsa masih hilang pada hari kedua.
PAPAR: Dua lemas, seorang masih hilang manakala seorang lagi dilaporkan selamat selepas aktiviti pantai bertukar menjadi tragedi di Kampung Bundusan, di sini, Khamis.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan lapan anggota diketuai Pegawai Kanan Rozlan Osman dan Dahlan Jainuddin bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada jam 5.38 petang.

Advertisement
“Sebaik tiba, pasukan segera memberikan bantuan pernafasan jantung (CPR) kepada salah seorang mangsa yang ditemui penduduk kampung, tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya, menambah seorang lagi mangsa lemas ditemui di pantai pada jam 6.56 malam.

Setakat jam 7.30 malam, mangsa maut dikenal pasti sebagai Rizq Aariz Julkarnain Abd Aziz, 14, dan Rubern Vitalis, 7, manakala Karl Marx Vitalis, 48, ​​masih hilang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Matthew Kana Vitalis, 12, ditemui selamat oleh penduduk kampung.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan untuk mencari mangsa hilang ketika laporan ini ditulis pada Jumaat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here