Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pandu mabuk, lelaki rempuh RHB Bank dan lima kenderaan
Published on: Monday, December 30, 2024
Published on: Mon, Dec 30, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pandu mabuk, lelaki rempuh RHB Bank dan lima kenderaan
PROTON Saga dipandu lelaki itu merempuh masuk ke dalam RHB Bank di Tawau.
TAWAU: Seorang lelaki tempatan, 25, yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol merempuh masuk ke dalam RHB Bank selepas melanggar lima kenderaan di sepanjang Jalan Mahkamah, jam 5 pagi, pada Ahad.

Ketua Polis Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki itu ditangkap untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Advertisement
Menurutnya, polis menerima makluman kejadian jam 5.15 pagi melibatkan kereta Proton Saga yang hilang kawalan lalu terbabas melanggar kenderaan yang parkir dan pintu RHB Bank, di sini. 

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta itu seorang diri dari bandar menuju ke rumahnya di Tanjung Batu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jasmin berkata, kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan, manakala lima kenderaan lain mengalami kerosakan kecil.

Advertisement
Dalam pada itu, rakaman video kejadian berdurasi 0.08 saat turut tular di media sosial yang memaparkan kenderaan lelaki itu masih berada di dalam RHB Bank.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here