Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Cimic kukuh hubungan tentera, masyarakat
Published on: Tuesday, December 31, 2024
Published on: Tue, Dec 31, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Program Cimic kukuh hubungan tentera, masyarakat
ATB 2 bergambar bersama agensi keselamatan dan awam pada program berkenaan.
SEMPORNA: Program Civil Military Cooperation (Cimic) anjuran Markas Angkatan Tugas Bersama 2 bersama Kementerian Pertahanan yang melibatkan beberapa agensi keselamatan dan awam dijangka akan dapat memperkukuh hubungan antara tentera dan masyarakat awam, terutamanya di daerah ini.

Panglima Angkatan Tugas Bersama 2, Brigadier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin ketika merasmikan program Cimic berkata, program ini juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Advertisement
“Program ini juga memberikan pendedahan berkenaan tugas dan peranan ATM kepada masyarakat awam,” katanya.

Bersempena dengan program berkenaan, turut diadakan sesi penyampaian sumbangan 500 barangan persekolahan kepada sekolah di sekitar daerah ini dan sumbangan kotak rezeki kepada 70 penerima bagi penduduk di sekitar daerah Semporna.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut berlangsung adalah pameran medan termasuk demonstrasi masakan rangsum tempur, pemasangan hammock, dan Beg Full Service Marching Order (FSMO).

Selain itu, program Cimic ini juga memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan pelbagai pendedahan berkenaan kerjaya dalam bidang ATM.

Advertisement
Usaha ini adalah merupakan aspirasi yang telah dibawa di dalam Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan melalui prinsip Whole of Government Whole of Society (Wogos).

Turut hadir adalah Penolong Pegawai Pentadbiran Pejabat Daerah Semporna, Hafizul Hafiz Ladja Hassan, Ketua Staf Bahagian Operasi Laut Esscom yang mewakili Komander Esscom, Laksamana Pertama (M) Abd Razak Mohamed, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Akhwan Jamaludin dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Semporna.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here