Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga Pakistan dalang sindiket palsu dokumen, cap imigresen
Published on: Thursday, January 02, 2025
Published on: Thu, Jan 02, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Warga Pakistan dalang sindiket palsu dokumen, cap imigresen
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff menunjukkan cap palsu imigresen yang dirampas dari sindiket pemalsuan dokumen yang didalangi warga Pakistan. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Sindiket pemalsuan dokumen dan cap imigresen yang dipercayai didalangi warga Pakistan tumpas selepas tiga suspek ditahan menerusi serbuan ke sebuah premis di ibu negara.

Operasi oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Isnin lalu itu dijalankan hasil risikan selama tiga minggu.

Advertisement
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tangkapan melibatkan suspek lelaki berusia 36 tahun, pasangan wanitanya berusia 27 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan dalang wanita berkenaan.

“Semua suspek kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Wan Saupee berkata sindiket itu dikesan aktif memalsukan pelbagai dokumen imigresen seperti pas lawatan kerja sementara, cap keselamatan imigresen, cap keluar masuk negara dan tiket penerbangan melibatkan beberapa negara serantau yang dipercayai beroperasi selama setahun.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menumpukan pelanggan warga asing yang tinggal secara haram atau lebih masa di Malaysia dengan antara lain menjual cap keselamatan pada harga RM350 dengan keuntungan komisen sekitar RM150 setiap satu.

Advertisement
Tambah beliau, hasil serbuan ke premis itu, pasukan operasi turut merampas 18 naskhah pasport pelbagai negara disyaki palsu antaranya Filipina dan Pakistan, enam cap keselamatan imigresen, cap keluar masuk beberapa negara seperti Pakistan, Filipina, Bangladesh dan India, selain tiket penerbangan palsu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here