Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kehadiran calon SPM 2024 cecah 97%, kata menteri
Published on: Thursday, January 02, 2025
Published on: Thu, Jan 02, 2025
By: Malay Mail
Text Size:
Text:
Kehadiran calon SPM 2024 cecah 97%, kata menteri
Fadhlina Sidek berkata sebanyak 5,780 petugas peperiksaan dalam kalangan sukarelawan telah dilantik untuk membantu sepanjang tempoh peperiksaan SPM 2024.
PUTRAJAYA: Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97% setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) masih dalam proses mengemas kini memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon belum mengesahkan kehadiran.

Advertisement
“Kita (KPM) harap kehadiran ini dapat dipertingkatkan,” katanya pada sidang media pengoperasian peperiksaan SPM 2024 di sini hari ini.

Fadhlina berkata terdapat calon berkeperluan khas di setiap negeri yang turut menduduki SPM termasuk dua calon berusia 63 tahun di Negeri Sembilan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, Ketua Setiausaha KPM Datuk Ruji Ubi serta pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah turun ke lapangan untuk memastikan kesiapsiagaan serta menjaga kebajikan calon termasuk yang menduduki peperiksaan di hospital dan pusat tahanan.

Fadhlina berkata KPM sedia mengaktifkan Op Payung sekiranya berlaku bencana banjir bagi membantu calon dan petugas peperiksaan yang terkesan.

Advertisement
Beliau berkata calon akan ditempatkan di asrama sekolah atau pusat pemindahan sementara dan bantuan logistik akan disalurkan kepada calon dan petugas peperiksaan untuk bergerak ke pusat peperiksaan.

“Enam negeri dikenal pasti berisiko banjir ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah,” katanya.

Advertisement
Fadhlina berkata sebanyak 5,780 petugas peperiksaan dalam kalangan sukarelawan telah dilantik untuk membantu sepanjang tempoh peperiksaan SPM 2024.

Beliau berkata KPM mengambil perhatian penuh tentang persiapan dan pelantikan sukarelawan yang juga terdiri daripada pesara guru bagi mengelak kejadian kebocoran kertas peperiksaan.

Pelantikan sukarelawan, katanya mencapai hasrat KPM dengan sekurang-kurangnya 20% di setiap negeri.

Peperiksaan bertulis SPM 2024 bermula hari ini dan berakhir pada 6 Feb dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here