Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Fokus perkasa BI dan AI tahun ini
Published on: Friday, January 03, 2025
Published on: Fri, Jan 03, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Fokus perkasa BI dan AI tahun ini
ARIFFIN (dua dari kanan) menyampaikan bantuan pendidikan Dun Membakut kepada salah seorang pengetua sekolah di majlis itu.
MEMBAKUT: Bidang Bahasa Inggeris (BI) dan Kecerdasan Buatan (AI) menjadi antara fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bagi pemerkasaan pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, inisiatif itu bagi memastikan golongan pelajar sekolah dan mahasiswa di Sabah dapat menguasai kedua-dua bidang dengan cemerlang.

Advertisement
Pada masa sama katanya, usaha murni itu mampu melahirkan lebih ramai pakar dalam kedua-dua bidang sekaligus memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di masa depan.

“Untuk BI, saya akan panggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), (wakil) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) serta beberapa pakar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia bagi mendengar cadangan mereka cara meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah,” katanya selepas merasmikan Prisma Peringkat Daerah Membakut, di sini, Selasa.

Pada majlis itu, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut turut menyampaikan sumbangan pendidikan di bawah peruntukan Dun kepada sekolah-sekolah di kawasan itu.

Advertisement
Dalam perkembangan sama, Ariffin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan pihaknya juga akan berbincang dengan pensyarah dan pakar dari UMS mengenai penubuhan Pusat AI di Sabah.

Katanya, pihaknya komited mahu menjadikan wilayah ini sebagai Pusat AI kerana Sabah mempunyai potensi besar dari segi pelaksanaan sekaligus mampu memperkasa bidang tersebut.

Advertisement
“Mudahan dengan adanya Pusat AI ini dapat membantu IPT dan sekolah seterusnya memastikan pelajar dan penuntut kita menguasai bidang ini bagi memenuhi pasaran karier di masa depan.

“Kita yakin bidang ini akan menjadi keutamaan di masa depan dan sewajarnya kita memanfaat peluang ini dari awal iaitu bermula dari pelajar sekolah hingga ke IPT,” katanya.

Selain BI dan AI katanya, bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) juga akan diperkasa pada tahun depan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here