Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelantikan Musa ‘hadiah tahun baharu’ bagi Sabah
Published on: Friday, January 03, 2025
Published on: Fri, Jan 03, 2025
Text Size:
Text:
Pelantikan Musa ‘hadiah tahun baharu’ bagi Sabah
“Bahkan beliau juga merupakan bekas tokoh politik yang telah menstabilkan politik negeri selama beberapa penggal sebelum ini sehingga pelbagai pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar,” James berkata.
Kota Kinabalu: Perlantikan Tun Musa Hj Aman selaku Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Ke-11 disifatkan sebagai hadiah tahun baharu kepada seluruh rakyat negeri ini. 

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, Tun Musa merupakan seorang tokoh besar yang sebelum ini mempamerkan prestasi cemerlang dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

Advertisement
“Bahkan beliau juga merupakan bekas tokoh politik yang telah menstabilkan politik negeri selama beberapa penggal sebelum ini sehingga pelbagai pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya. 

James yakin, Tun Musa akan sentiasa menjadi Ketua Negeri Sabah yang adil kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Rabu, Tun Musa Hj Aman mengangkat sumpah selaku Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Ke-11, disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak di Istana Seri Kinabalu. 

Pada 17 Dis, beliau menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028.

Advertisement
Musa menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here