Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lebih 20,000 hadiri Sambutan Ambang Tahun Baharu Kota Kinabalu
Published on: Friday, January 03, 2025
Published on: Fri, Jan 03, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Lebih 20,000 hadiri Sambutan Ambang Tahun Baharu Kota Kinabalu
PERTUNJUKAN 1,000 dron dan bunga api merupakan kemuncak acara itu.
Kota Kinabalu: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 orang membanjiri Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, bagi menyambut Tahun Baharu 2025 dalam Sambutan Ambang Tahun Baharu Kota Kinabalu (KKCD25), Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe, turut hadir menyaksikan acara pertama seumpamanya.

HAJIJI, Juliah, Phoong dan yang lain menyertai acara sambutan itu.

Advertisement
Acara bermula jam 4 petang Selasa itu menampilkan lebih 20 artis dari Korea, China, Indonesia, dan tempatan, termasuk Suho (EXO), Firdhaus, Ryan B., Stacy Anam, Hubert Wu, Bella Astillah, Priscilla Abby, Velvet Aduk, Marsha Milan Londoh, Datuk Francis Landong, kumpulan Dadali, Elica Paujin, Dabra Sia, Isobahtos, Soya, Wesley Liew, kumpulan Masmona, Tagap Dance Theatre & D’Steps, dan ramai lagi.

Kemuncak malam itu ialah paparan 1,000 dron dan pertunjukan bunga api yang memukau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Phoong dalam sidang media sebelum ini berkata, acara anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama penaja swasta itu, bertujuan menjadikan Kota Kinabalu destinasi sambutan ambang tahun baharu terkemuka di rantau ini.

ORANG ramai tinggal untuk acara sehingga selepas tengah malam.

“Inspirasi diambil daripada acara antarabangsa seperti Taipei 101 dan sambutan Tahun Baharu Sydney. 

Advertisement
‘KKCD25 adalah aspirasi utama Kabinet Sabah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pelancongan domestik dan antarabangsa, sekali gus meletakkan Kota Kinabalu dan Sabah di peta dunia sebagai destinasi mesti dilawati,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here