Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai
Published on: Friday, January 03, 2025
Published on: Fri, Jan 03, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai
Bungsu turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam dan memaklumkan hukuman sama pernah dilaksanakan di Sabah sebelum ini.
Kota Kinabalu: Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu, baru-baru ini, adalah wajar dan menepati prinsip takzir dalam undang-undang Syariah.

Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar berkata, takzir adalah hukuman ditentukan pihak berkuasa agama atau pemerintah bagi kesalahan yang bentuk hukumannya tidak dinyatakan secara khusus dalam syarak.

Advertisement
“Takzir bermakna terpulang kepada pemerintah sesebuah negeri atau pihak berkuasa agama untuk melaksanakan. Ertinya, Takzir ini tidak ada satu larangan daripada syarak untuk dilaksanakan.

“Jadi kita ucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Islam Terengganu kerana melaksanakan hukuman ini sesuai dengan kehendak syarak supaya pelaksanaan hukuman ini memberi pengajaran kepada orang lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Itu pun tidaklah secara terbuka sangat. Ia terpilih (kehadiran orang ramai) dengan syarat-syarat ketat seperti tidak boleh dirakam atau diviralkan dan hanya dihadiri individu tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Haul Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di taman Memorial Tun Datu Mustapha Datu Harun, di sini, Khamis.

Advertisement
Dilaporkan, seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.

Mohd Affendi Awang, 42, telah menjalani hukuman itu yang dilaksanakan selepas solat Jumaat pada Jumaat lepas di Masjid Al-Muktafi Billah Shah dengan kehadiran seramai 70 individu yang dibenarkan.

Advertisement
Dalam pada itu, Bungsu mengingatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu itu atau dijadikan bahan perdebatan agama kerana ia adalah hasil ijtihad pihak berkuasa islam negeri Terengganu.

Beliau berkata, pandangan ijtihad yang telah diambil oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad pihak lain.

“Ijtihad oleh pihak berkuasa agama Islam Terengganu ini tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad yang lain, ertinya ia ‘dipandangkan’ berdasarkan situasi yang sesuai di negeri itu.

“Setiap negeri mempunyai pendekatan tersendiri. Jika ada negeri yang tidak bersetuju, ia di luar bidang kuasa mereka untuk membatalkan ijtihad negeri lain. Justeru, saya menyeru segelintir pihak supaya memahami konteks hukum (syariah) sebelum membuat sebarang penilaian,” tegasnya.

Bungsu turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam dan memaklumkan hukuman sama pernah dilaksanakan di Sabah sebelum ini.

“Saya difahamkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri Sabah, hukuman ini memang pernah dibuat, misalnya di Tawau, cuma saya tidak ingat tarikhnya. Tetapi ada dibuat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here