Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Anggota tentera diseru jiwai makna perjuangan
Published on: Saturday, January 04, 2025
Published on: Sat, Jan 04, 2025
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Anggota tentera diseru jiwai makna perjuangan
Muhammad Hafizuddin bermesra bersama kanak- kanak dan menyampaikan cenderahati bersama Santa Claus.
Kota Kinabalu: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddin Jantan menyeru semua anggota tentera menjiwai semangat perjuangan dan terus komited dalam melaksanakan tugas, termasuk memperkasa elemen sumber manusia.

“Seperti yang saya tekankan dalam pemerintah ulung saya, pemerkasaan sumber manusia adalah antara tumpuan utama yang digariskan.

Advertisement
“Ini bukan sekadar retorik tetapi komitmen yang dilaksanakan, secara realitinya dan untuk hal ini tentunya kita perlu memastikan setiap anggota tentera lengkap dengan kemahiran teknikal, sifat kepimpinan, daya tahan dan etika kerja yang tinggi.

“Ini adalah pelaburan dalam modal insan dan ini juga kunci kepada transformasi Tentera Darat Malaysia, ke arah pembentukan angkatan yang lebih berkredibel, mampan dan tuntas,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Natal Peringkat Tentera Darat di sini, petang Selasa lalu.

Menurut beliau lagi, majlis seumpama itu adalah cerminan kepada nilai murni merangkumi semangat kekitaan, menghormati sesama individu, kerjasama dan keakraban antara semua tanpa melihat perbezaan kaum serta agama.

Advertisement
“Ini selaras dengan aspirasi kita, dan penting untuk kita sentiasa memelihara keharmonian sejagat dan menjaga sensitiviti agama.

“Sebagai Panglima Tentera Darat, saya berpegang teguh pada prinsip bahawa kekuatan sesebuah organisasi tentera bukan sekadar pada kecanggihan aset, bahkan kecekapan strategi peperangan, akan tetapi juga sejauhmana kekuatan dan keupayaan kita melindungi kedaulatan tanah air.

Advertisement
“Hal ini kerana, tentera adalah benteng negara, menjaga keselamatan negara dan kita juga adalah benteng untuk keharmonian nasional,” katanya.

Selain itu, beliau juga meminta semua anggota tentera untuk memperkukuh nilai kepimpinan.

“Kepimpinan yang dinamik, berwawasan dan berintegriti pasti menjadi kunci kepada keberhasilan tentera darat dalam mendepani cabaran era moden yang semakin kompleks.

“Jadi, adalah penting untuk semua anggota, sentiasa mengorak langkah seiring masa berjalan ke tahun baharu, untuk terus menambah ilmu kepimpinan dan membentuk sebuah angkatan yang kuat,” jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan isteri, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan isteri, Ketua Staf Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan Atan dan isteri, Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Dato’ Noorrul Azril Ariffin dan isteri serta Pengerusi Jemaah Bakat Darat Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah.

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Natal dan hiasan dewan yang amat luar biasa.

Muhammad Hafizuddin turut menyampaikan cenderahati bersama paket “angpau” kepada kanak-kanak yang hadir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here