Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lima cedera diserang lelaki amuk
Published on: Saturday, January 04, 2025
Published on: Sat, Jan 04, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lima cedera diserang lelaki amuk
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis berterima kasih atas maklumat awal diberikan berkaitan kejadian berkenaan. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
SANDAKAN: Lima orang cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang dan tukul di sebuah restoran di Batu 3, Jalan Utara Sandakan pada jam 9.11 pagi Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, suspek datang ke restoran itu dan tiba-tiba menyerang orang awam di premis tersebut.

Advertisement
Selepas itu, suspek turut dilihat bertindak agresif di jalan raya dan cuba memukul setiap kenderaan yang melalui jalan tersebut. 

“Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan sekali gus menangkap suspek. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berumur antara 34 hingga 63 tahun.

“Kesemua mangsa dibawa dan dirawat di Hospital Duchess of Kent serta dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan kepada media. 

Advertisement
Manakala, suspek berumur 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis berterima kasih atas maklumat awal diberikan berkaitan kejadian berkenaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here