Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Skim pembangunan khas pendidikan Sabah RM3 juta
Published on: Sunday, January 05, 2025
Published on: Sun, Jan 05, 2025
Text Size:
Text:
Skim pembangunan khas pendidikan Sabah RM3 juta
EWON berjabat tangan dengan hadirin majlis itu.
Tenom: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan melaksanakan program pembangunan khas pendidikan, di Sabah, bermula tahun ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, program Ehsan@Kuskop itu telahpun dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Program Santuni Madani Kuskop Bersama Komuniti Kota Belud, sempena Rumah Terbuka Krismas Kadamaian, baru-baru ini.

Advertisement
“YBR menyalurkan peruntukan RM3 juta untuk tujuan itu dan tempoh pelaksanaan adalah setahun, bermula tahun ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2025 Upko Melalap, di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, Sabtu.

Ehsan@Kuskop ialah program pembangunan pendidikan bertujuan menoktahkan kemiskinan melalui pendidikan. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan pelajar kurang bernasib baik, terutamanya di kawasan luar bandar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya agak kecil hati setiap kali mendengar Sabah dilaporkan memiliki daftar kemiskinan tegar yang tinggi, tetapi daripada saya mencari ruang siapa silapnya, saya mengambil pendekatan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah kemiskinan di Sabah dengan memperkenalkan Ehsan@Kuskop.

“Melalui peruntukan daripada YBR, kita akan membiayai kos pengangkutan pelajar yang tersenarai dalam e-Kasih supaya tiada lagi alasan ibu bapa tidak menyekolahkan anak mereka.

Advertisement
“Selain itu, kita juga akan memberikan bantuan awal pengajian, bantuan awal persekolahan, tuisyen dan bantuan lain yang diperlukan oleh pelajar berkenaan.

“Sebagai projek perintis, kementerian memilih tiga daerah yang dikategorikan mempunyai daftar kemiskinan tegar yang tinggi iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat,” katanya. 

Advertisement
Ewon berkata, melalui Program Ehsan@Kuskop, kementerian melalui agensi-agensinya akan membantu membangunkan ahli-ahli keluarga yang produktif menjadi usahawan kecil.

“Kita akan menggerakkan semua agensi kementerian kita untuk membantu membangunkan mereka yang tersenarai dalam e-Kasih menjadi usahawan, supaya suatu hari nanti, mereka bukan sahaja terkeluar daripada belenggu kemiskinan tetapi akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Ewon berkata, beliau juga memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur di Kuskop, bagi memastikan tiada golongan usahawan, penjaja, peniaga kecil dan koperasi di Sabah dan Sarawak tercicir daripada menerima manfaat program dan pembiayaan yang disediakan kerajaan.

“Dasar ini adalah antara pendekatan kepimpinan saya kerana saya percaya pemimpin Sabah yang diberi ruang untuk menganggotai Kabinet Persekutuan dan mengetuai kementerian boleh membuktikan keupayaan memberikan fokus kepada Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

“Sebab itu saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur untuk memberi ruang kepada kementerian memberikan perkhidmatan terbaik di Malaysia Timur, seperti yang diperlukan oleh rakyat, khususnya usahawan, penjaja, peniaga kecil, koperasi dan pelajar.

“Selain itu, kita juga memperkenalkan inisiatif khas antaranya Skim Geran Usahawan Bumiputera iaitu BEEP Plus khusus untuk Sabah dan Sarawak, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu, Premis Tamu Desa dan membuka lebih banyak pejabat agensi kementerian di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai majlis ini, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berkata, ini adalah antara pendekatan Upko menyantuni rakyat di seluruh Sabah, bukan sahaja di kawasan bandar tetapi di luar bandar.

“Kita telah memulakan program seumpama ini sejak beberapa tahun lepas sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu, Hari Raya dan Pesta Kaamatan atau perayaan kebudayaan lain.

“Kita laksanakan program ini sepanjang tahun sebagai antara sumbangan Upko kepada perpaduan rakyat dan keharmonian kaum, di mana kita mahu memupuk kebersamaan bukan hanya dalam kalangan pemimpin Malaysia dari Sabah, tetapi lebih penting memupuk kebersamaan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here