Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Henti perbuatan sambungan haram: Sabah Electricity
Published on: Sunday, January 05, 2025
Published on: Sun, Jan 05, 2025
Text Size:
Text:
Henti perbuatan sambungan haram: Sabah Electricity
Ketua Pegawai Operasi, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof
Kota Kinabalu: Sabah Electricity menggesa orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan penempatan setinggan, untuk tidak melakukan penyambungan elektrik secara tidak sah.

Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan si pelaku tetapi orang awam yang tinggal atau berada di persekitaran kawasan di mana penyambungan haram dipasang.

Advertisement
Ketua Pegawai Operasi, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata Sabah Electricity telah melaksanakan ratusan operasi membanteras aktiviti penyambungan haram di kawasan penempatan setinggan untuk mengekang dan mengawal aktiviti tersebut. 

“Penyambungan elektrik secara haram dan tidak selamat memberi risiko keselamatan seperti kebakaran akibat litar pintas serta terkena renjatan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas kejadian renjatan elektrik yang berlaku ke atas seorang lelaki dewasa di Jalan Lorong Kuala Neutron pada malam Khamis, beliau berkata pasukan teknikal Sabah Electricity tiba di lokasi kejadian setelah menerima aduan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.30 malam

“Bekalan elektrik di kawasan tersebut dimatikan untuk memberi laluan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah melakukan kerja mengalih mangsa,” katanya.

Advertisement
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sambungan haram pada peti pembekal ke lokasi kejadian yang menyebabkan renjatan ke atas mangsa.

Kerja-kerja memotong sambungan haram tersebut dilaksanakan dan bekalan elektrik ke kawasan tersebut disambung semula pada jam 12.58 pagi.

Advertisement
Sabah Electricity turut menyeru orang ramai untuk melaporkan perkara berkaitan melalui Careline Sabah Electricity 15444, 088-515000 atau melalui aplikasi WhatsApp 019-8525427.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here