Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penyelesaian Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah sokong pertumbuhan ekonomi ahli
Published on: Sunday, January 05, 2025
Published on: Sun, Jan 05, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penyelesaian Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah sokong pertumbuhan ekonomi ahli
JISMITH (duduk, tengah) bersama ahli jawatankuasa selepas mesyuarat pertama PGENS.
BEAUFORT: Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah (PGENS) yang baru ditubuhkan mahu menyediakan penyelesaian inovatif untuk memupuk kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan sambil mempromosikan keusahawanan, inovasi dan kemampanan.

Presidennya Datuk Jismith Japong berkata demikian ketika merasmikan sesi ‘Sembang Santai’ dan Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Bahagian Parlimen Beaufort yang diadakan di Hotel Gem di sini baru-baru ini.

Advertisement
Beliau berkata PGENS akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan program yang memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup ahli dan kumpulan sasarnya.

“Objektif utama PGENS adalah untuk memajukan dan mengukuhkan ekonomi ahlinya melalui pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan ekonomi, daya saing dan kemakmuran,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here