Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Music Rights Sabah Berhad agih royalti RM85,000 kepada 262 artis tempatan
Published on: Tuesday, January 07, 2025
Published on: Tue, Jan 07, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Music Rights Sabah Berhad agih royalti RM85,000 kepada 262 artis tempatan
Ashraf berkata pembayaran itu adalah hasil kutipan royalti dari 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 untuk persembahan awam dalam acara, yang membabitkan penggunaan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan di seluruh negara.
ORGANISASI Pengurusan Kolektif (CMO) tunggal di wilayah Sabah dan Labuan, Music Rights Sabah Berhad (MRS) membayar sebanyak RM85,186.16 dari segi royalti muzik kepada 262 ahlinya, Isnin.

Pengarah Urusannya Mohd Ashraf Abdullah berkata pembayaran itu adalah hasil kutipan royalti dari 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 untuk persembahan awam dalam acara, yang membabitkan penggunaan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan di seluruh negara.

Advertisement
“Pengagihan ini bagi menunaikan tanggungjawab dan peranan syarikat berkenaan dalam menjaga hak ahlinya terutama dari segi tuntutan royalti muzik masing-masing.

“Seramai 262 ahli terdiri daripada penggiat seni seperti komposer, penulis lirik, penyanyi, pemuzik, penggubah muzik, pembikin video muzik dan syarikat rakaman selaku penerbit menerima royalti masing-masing bermula Isnin,” katanya, dalam kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, laporan pengagihan royalti muzik MRS untuk 2025 menyaksikan peningkatan sebanyak 42.59 peratus berbanding hanya RM59,741.62 yang diagihkan pada Januari 2024, bagi persembahan awam (acara) untuk kutipan yang dibuat dalam tempoh sama.

Menurutnya lagi, pengagihan royalti muzik yang seterusnya akan dibuat pada September tahun ini iaitu membabitkan kutipan bagi persembahan awam (penyiaran) iaitu bagi penggunaan lagu-lagu yang disiarkan di radio-radio RTM seperti Sabah FM, Sabah VFM, Keningau FM, Sandakan FM, Tawau FM dan Labuan FM, selain siaran TV milik RTM. 

Advertisement
“Ini menyaksikan MRS akan membuat pengagihan sebanyak dua kali pada tahun ini.

“Bagi pihak ahli MRS, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar royalti muzik etnik tempatan di sepanjang tempoh operasi kutipan yang dibuat, semoga sokongan sedemikian dapat diteruskan lagi,” kata Ahsraf yang juga Pengarah Lembaga MRS.

Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, bermula bulan ini juga badan terbabit akan menjalankan operasi kutipan / pelesenan bagi outlet dan premis perniagaan di negeri ini terutama yang membabitkan penggunaan lagu-lagu etnik tempatan.

“MRS turut berharap agar pengguna terutama pemilik outlet dan premis perniagaan memberi sokongan moral dan kerjasama kepada MRS dalam usaha memupuk kesedaran hak cipta muzik terutama melibatkan muzik etnik tempatan Sabah dan Labuan, serta membina jaringan ekosistem muzik tempatan Sabah dan Labuan dalam kalangan pemilik hak cipta dan pengguna muzik,” tambahnya.

Pengguna yang ingin memohon skim pelesenan hak cipta muzik daripada MRS, boleh menghubungi Pengurus Operasi Pelesenan MRS, Ronney Ajim di 010 - 425 4557.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here