Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibu bapa dinasihat pantau media sosial anak bawah umur
Published on: Tuesday, January 07, 2025
Published on: Tue, Jan 07, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Ibu bapa dinasihat pantau media sosial anak bawah umur
Dalam perkembangan lain, Anna Bell berkata, menerusi persidangan Dewan Negara, kerajaan dilihat sangat memandang serius perlakuan buli.
SANDAKAN: Ibu bapa perlu terus memantau penggunaan media sosial anak-anak bawah umur.

Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian berkata, hal itu penting agar mereka mengetahui aktiviti semasa anak masing-masing dan tidak terjebak dengan apa-apa perlakuan tidak elok.

Advertisement
“Dalam masa sama, kita juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menutup media sosial kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah untuk kebaikan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Prasekolah (HAKPRA) Sesi 2024-2025 SK Sungai Kayu, Sandakan di Ballroom Sabah Hotel, di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama, Guru Besar SK Sungai Kayu, Awang Damit Ayob.

Pada majlis itu, seramai 32 kanak-kanak sekolah itu menerima sijil tamat prasekolah dan kecemerlangan masing-masing. 

Advertisement
Anna Bell memuji kombinasi dan penglibatan ibu bapa yang aktif membantu guru dalam memastikan kecemerlangan anak-anak di prasekolah itu. 

Dalam perkembangan lain, Anna Bell berkata, menerusi persidangan Dewan Negara, kerajaan dilihat sangat memandang serius perlakuan buli.

Advertisement
Beliau juga menasihati ibu bapa serta pihak sekolah terus berganding bahu dalam memastikan kegiatan buli di sekolah tidak berlaku, kerana ia memberi kesan buruk kepada mangsa.

Dalam pada itu, Awang berkata, pihaknya bersama guru dan ibu bapa komited untuk memastikan tiada gejala buli di sekolah itu.

Katanya, pemantauan dibuat di sekolah oleh pihak guru manakala di luar sekolah oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Berkenaan HAKPRA, Awang merakam penghargaan kepada semua terlibat menjayakan acara berkenaan serta komitmen mereka sepanjang anak mereka belajar di pra sekolah SK Sungai Kayu, Sandakan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here