Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Majlis penghargaan untuk pengamal media Sandakan
Published on: Tuesday, January 07, 2025
Published on: Tue, Jan 07, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Majlis penghargaan untuk pengamal media Sandakan
VIVIAN (duduk, lima dari kanan) bersama pengamal media daerah Sandakan. 
SANDAKAN: Seramai 30 pengamal media diraih dalam satu majlis anjuran Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. 

Majlis yang diadakan di Skate Park Ujana Elopura, Batu 2 ini juga bagi meraikan kedatangan tahun baru 2025 dalam suasana mesra dan harmoni. 

Advertisement
Dalam ucapan alu-aluannya, Vivian mengiktiraf usaha gigih pengamal media tempatan dalam melaporkan isu-isu semasa, serta peranan mereka sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.

“Pengamal media adalah tulang belakang kepada masyarakat yang bermaklumat. Kerja keras mereka, walaupun sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, amat penting dalam membentuk pandangan masyarakat dan membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan fakta,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan media dalam memastikan keperluan dan suara rakyat Sandakan didengar dan diperjuangkan.

Selain ucapan penghargaan, majlis makan malam itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, permainan santai dan sesi fotografi bersama Vivian. 

Advertisement
Para pengamal media yang hadir turut menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Media Sandakan (Pemassa), James Leong menyifatkan majlis ini sebagai satu inisiatif yang bermakna dan mampu memperkukuhkan hubungan antara pengamal media dan pemimpin setempat.

Advertisement
“Kami berasa amat dihargai dengan pengiktirafan ini. Ia juga memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara santai dengan pemimpin,,” katanya.

Majlis berakhir dengan suasana penuh ceria dan semangat baru untuk meneruskan kerjasama erat antara Ahli Parlimen Sandakan dan pengamal media dalam menjayakan agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here