Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah tidak laksana hukum sebat di khalayak ramai
Published on: Tuesday, January 07, 2025
Published on: Tue, Jan 07, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah tidak laksana hukum sebat di khalayak ramai
Ini kerana Sabah adalah negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri tidak akan melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di Terengganu baru-baru ini sebaliknya kekal dengan hukuman sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’.

Exco Agama Islam, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, kenyataan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar mengenai sokongan terhadap hukuman sebat di khalayak ramai itu adalah pendapat peribadi beliau.

Advertisement
Katanya, kenyataan itu juga tidak mewakili pendirian kerajaan negeri yang tetap berpegang kepada prinsip “Fiqh Sabahi” yang juga telah diperkenalkan Bungsu iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan.

Dr Ariffin

Menurutnya, “Fiqh Sabahi” juga merangkumi jalinan hubungan dan bermasyarakat serta menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Merujuk kepada kenyataan beliau di akhbar tempatan pada 3 Januari 2025, baru-baru ini, bertajuk ‘Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai’ yang antara lain memetik beliau turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana mengikut syariat Islam.

“Kita ingin memaklumkan bahawa kenyataan SS Datuk Ustaz Haji Bungsu itu merupakan pendapat serta pandangan peribadi beliau, dan sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan Negeri.

Advertisement
“Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’, yang merupakan hukuman dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak.

“Ini kerana Sabah adalah negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Isnin.

Advertisement
Sehubungan itu, Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kerajaan negeri berharap isu itu tidak terus dipolitikkan atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni.

Jumaat lalu, Bungsu berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai adalah wajar dan menepati prinsip takzir dalam undang-undang Syariah.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman ini sesuai dengan kehendak syarak supaya pelaksanaan hukuman ini memberi pengajaran kepada orang lain.

“Itu pun tidaklah secara terbuka sangat. Ia terpilih (kehadiran orang ramai) dengan syarat-syarat ketat seperti tidak boleh dirakam atau diviralkan dan hanya dihadiri individu tertentu.

“Setiap negeri mempunyai pendekatan tersendiri. Jika ada negeri yang tidak bersetuju, ia di luar bidang kuasa mereka untuk membatalkan ijtihad negeri lain,” katanya.

Bungsu turut memaklumkan hukuman sama pernah dilaksanakan di Tawau pada 2017.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here