SANDAKAN: Sebuah surau di Jalan SMK Beluran musnah dalam kebakaran pada malam Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 10.55 malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah surau jenis binaan kayu berkeluasan 20kaki x 10kaki persegi terbakar 100 peratus dalam kejadian tersebut.
“Operasi pemadaman menggunakan aliran 100 kaki, satu pancutan dan satu aliran salur bantu dari sumber air tangki jentera bomba,” katanya.