Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bapa tunggal aniaya anak dipenjara 2 tahun
Published on: Wednesday, January 08, 2025
Published on: Wed, Jan 08, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bapa tunggal aniaya anak dipenjara 2 tahun
Sargalye didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
TAWAU: Seorang bapa tunggal Filipina dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Tawau, pada Selasa selepas mengaku bersalah menganiaya anak lelakinya, 7, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa, pada Oktober tahun lalu.

Sargalye Salasain, 29, yang memegang dokumen IMM13, turut dikehendaki mengemukakan bon berkelakuan baik berjumlah RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan selama dua tahun.

Advertisement
Lelaki itu juga diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 120 jam dalam 12 bulan selepas dibebaskan dari penjara. Hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh tangkap.

Sargalye sebagai bapa kepada mangsa, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Ahmad Faizadh Yahaya atas dakwaan menganiayai sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak tersebut di sebuah rumah dekat Kampung Sungai Buaya, Batu 3 Jalan Apas, sekitar jam 10.45 pagi pada 12 Oktober 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sargalye didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Sargalye dikatakan memarahi mangsa yang bermain guli sebelum memukulnya menggunakan tali pinggang sehingga menyebabkan kecederaan pada badan mangsa.

Advertisement
Kejadian itu disaksikan isteri kepada bapa saudara mangsa yang sempat mengambil rakaman video sebelum laporan polis dibuat.

Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam Chen Wen Jye, secara pro bono.

Advertisement
Terdahulu, Wen Jye dalam mitigasinya memohon hukuman ringan, mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa mahkamah tanpa perlu melibatkan perbicaraan panjang. 

Menurutnya, tertuduh adalah seorang bapa tunggal dan mangsa dalam kes ini adalah anak kandungnya sendiri yang tinggal bersama ibunya dan kini menjaga mangsa.

“Tertuduh menyesali perbuatannya kerana pada hari kejadian, beliau hanya berniat untuk menghukum anaknya daripada bermain pasir kerana mempunyai kulit sensitif dan mengalami ekzema,”katanya.

Tambahnya, kes itu juga adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here