Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki 36.25g syabu kena 9 tahun, sebatan
Published on: Wednesday, January 08, 2025
Published on: Wed, Jan 08, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki miliki 36.25g syabu kena 9 tahun, sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dikenakan 10 kali sebatan rotan kerana memiliki 36.25 gram syabu.  

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Aril Juma yang menukar pengakuannya semasa perbicaraan dan mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Selasa.  

Advertisement
Aril didapati memiliki dadah itu pukul 1.20 petang, 30 April, 2024, di tepi jalan di Kg Lok Bruno, Sepanggar Manggatal.  

Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan Aril menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.  

Semasa rayuan, Aril yang tidak diwakili memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai seorang anak untuk dijaga.

Advertisement
Dia memberitahu mahkamah bahawa dia menyesal dan ini merupakan kesalahan pertamanya.  

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan menggesa hukuman berat dengan alasan bahawa ia merupakan kesalahan serius.  

Advertisement
Beliau juga berhujah bahawa sejak 1983, Parlimen telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh utama negara, dan hukuman berat perlu dikenakan terhadap individu yang terlibat dadah.   
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here