Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Published on: Thursday, January 09, 2025
Published on: Thu, Jan 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Hussein berkata mangsa yang berasa tertipu selepas tidak menerima pulangan keuntungan yang dilaburkan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.
SHAH ALAM: Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 58 tahun itu mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi laman sosial itu.

Advertisement
Beliau berkata mangsa diarahkan oleh suspek untuk memuat turun satu aplikasi melalui Apple Store.

“Mangsa perlu memastikan amaun dalam akaunnya mencukupi untuk membeli unit saham yang diingini dan turut membuat transaksi mengikut arahan yang diberikan suspek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak RM5,900,506.48 melalui 30 transaksi ke dalam lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata mangsa yang berasa tertipu selepas tidak menerima pulangan keuntungan yang dilaburkan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.

Advertisement
Susulan itu, katanya polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan menerusi media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here