Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gilap bakat, potensi serta pembangunan sahsiah kanak-kanak: Mizma
Published on: Thursday, January 09, 2025
Published on: Thu, Jan 09, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Gilap bakat, potensi serta pembangunan sahsiah kanak-kanak: Mizma
Mizma bersama guru dan anak-anak Tabika Kemas pada majlis berkenaan.
LAHAD DATU: Bakat dan potensi serta pembangunan sahsiah anak-anak harus digilap dan dikembangkan seiring dengan aspek pendidikan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, pencapaian akademik sememangnya penting, namun bakat dan potensi anak-anak akan memberi nilai tambah kepada kecemerlangan mereka.

Advertisement
Mizma berkata, kecenderungan kanak-kanak dalam menyertai aktiviti yang dapat menggilap bakat mereka semestinya akan menarik minat mereka untuk ke sekolah sekaligus mengikuti sesi pembelajaran yang menyumbang kepada pencapaian akademik mereka. 

Katanya, minda aktif kanak-kanak mudah mempelajari sesuatu dan sebagai ibu bapa, kita harus memberi galakan dan sokongan kepada mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi mendepani cabaran dunia kini, anak-anak kita perlu diberitahu mengenai kepentingan mengimbangi pencapaian akademik dan bakat mereka seperti dalam bidang sukan, seni dan sebagainya.

“Penglibatan anak-anak dalam aktiviti yang dapat menggilap bakat mereka mampu melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,” katanya pada Hari Terbuka dan Hari Anugerah Kecemerlangan Tabika Kemas Batu 2 1/2 bagi sesi 2024-2025.

Advertisement
Menurut Mizma, selain menitikberatkan pencapaian anak-anak dalam bidang akademik, ibu bapa juga perlu memberi penekanan terhadap aspek pembangunan sahsiah anak-anak.

Katanya, kecemerlangan akademik dan sahsiah serta bakat anak-anak yang seiring akan menjadikan mereka modal insan yang cemerlang.

Advertisement
“Kecemerlangan dalam pencapaian akademik dan memiliki sahsiah yang baik serta bakat dalam sesuatu bidang bukan sahaja menjadikan mereka modal insan yang cemerlang tetapi menjadikan mereka insan yang berkeupayaan tinggi dan berdaya saing.

“Justeru itu, sebagai ibu bapa, kita harus menyokong dan menggalakkan anak-anak kita untuk menyerlahkan bakat mereka dan menyediakan akses pendidikan terbaik serta membangun sahsiah mereka,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here