Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Kepekaan ibu bapa, guru pendorong utama murid’
Published on: Thursday, January 09, 2025
Published on: Thu, Jan 09, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
‘Kepekaan ibu bapa, guru pendorong utama murid’
LAINEH (kanan) menerima cenderahati dari Kenny. 
NABAWAN: Kepekaan dan keprihatinan ibu bapa dan guru-guru dalam perkembangan pendidikan anak-anak akan menjadi aspirasi dan pendorong yang paling bermakna buat mereka.

Pegawai Pendidikan Pensiangan Laineh Agindang @ Mohd Asri berkata, kejayaan murid tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang paling utama adalah usaha murid itu sendiri.

Advertisement
Justeru itulah katanya, permuafakatan antara ibu bapa dan guru menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat penting.

“Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain” katanya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Sesi 2024/2025 ke 22 di dewan serbaguna Majlis Daerah di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan.

Pada masa sama, Laineh berharap ibu bapa dan guru-guru sentiasa bergabung tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak di daerah ini.

Advertisement
Beliau juga mengucapkan syabas kepada guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid dan ibu bapa atas komitmen yang ditunjukkan pada majlis ini.

“Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi ini akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah-sekolah di daerah Pensiangan akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang,” tambahnya.

Advertisement
Hadir sama Guru Besar SK Saliliran Kenny Lawrence selaku Pengerusi Pelaksana dan guru-guru.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here