Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah FC II tamatkan kemarau kemenangan
Published on: Thursday, January 09, 2025
Published on: Thu, Jan 09, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah FC II tamatkan kemarau kemenangan
CHIKONELSON meraikan jaringannya.
Kota Kinabalu: Sabah FC II akhirnya meraih kemenangan sulung musim ini dalam Piala MFL di Stadium Likas petang Selasa.

Selepas 16 perlawanan tanpa kemenangan, pasukan itu mendapat tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City Extension.

Advertisement
Terdapat sebab untuk optimis sebelum perlawanan bermula kerana pemain import Park Taesu, Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Daniel Ting berada dalam kesebelasan awal.

Banyak peluang menjaringkan gol dicipta tetapi tiada satu pun menemui sasaran sehinggalah minit ke-45 apabila Chikonelson Kulisi meledak gol pembukaan selepas menerima hantaran sempurna daripada Telmo.

AZHAD (berlutut) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gol kedua terhasil daripada percubaan jarak dekat Azhad Harraz Arman dua minit selepas perlawanan disambung semula apabila pasukan pelawat gagal menangani rembatan awal Fakrul Iman Naszari.

Billyton Vun dalam perlawanan ketiganya menggalas tugas ketua jurulatih bertanggungjawab memuji semangat pasukan untuk kemenangan tersebut.

Advertisement
“Kemenangan ini adalah hasil semangat persaudaraan dalam pasukan dengan gandingan pemain senior dan junior.

“Walaupun mereka hanya mengadakan satu sesi latihan bersama, namun mereka mampu berkongsi tanggungjawab dan saling menyokong dengan ikatan yang kuat.

Advertisement
“Ia adalah keputusan yang sangat positif untuk kami dan kredit mesti diberikan kepada semua pemain, khususnya kepada pemain muda,” katanya.

Beliau berharap pemain akan mengekalkan rentak kemenangan dan terus meningkat dalam baki perlawanan.

“Perjalanan masih jauh di hadapan. Terdapat beberapa perkembangan positif dari segi kematangan pemain.

“Saya mahu pemain mengambil peluang yang diberikan untuk belajar dan mempunyai lebih keyakinan diri serta semangat juang untuk meningkatkan lagi permainan mereka.”

Sementara itu, penolong pengurus I Datuk George Teo melahirkan rasa terima kasih kepada pemain senior.

“Terima kasih kepada empat pemain senior kita, Daniel, Gabriel, Park dan Telmo kerana membimbing pemain muda dalam perlawanan ini.

“Semoga dengan kemenangan ini, para pemain dapat membina momentum untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Walaupun menambah tiga mata, Sabah FC II kekal di tangga tercorot dengan enam mata, sama seperti Kuching City B-23 tetapi dengan perbezaan gol yang lebih rendah.

Perlawanan seterusnya ialah menentang Kedah B-23 pada Isnin (13 Januari).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here