Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki maut, seorang lagi parah van bertembung 4WD
Published on: Friday, January 10, 2025
Published on: Fri, Jan 10, 2025
By: Azmie Lim, Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki maut, seorang lagi parah van bertembung 4WD
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.
SEMPORNA: Seorang lelaki maut apabila van Nissan Urvan yang dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Vigo di KM 51 Jalan Kalumpang, Semporna - Tawau, pada pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan Road Traffic Accident (RTA).

Advertisement
Bagaimanapun, pemandu van, 40-an, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan, manakala pemandu pacuan empat roda (4WD), 38, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Semporna dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pemandu van dikatakan sedang menghala ke Tawau dari Semporna dan pemandu Vigo pula dari arah Tawau ke Semporna.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, sepasukan tujuh anggota BBP Semporna bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.32 pagi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jarak 51 kilometer (KM) pada jam 8.07 pagi dan segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan media, Khamis.

Advertisement
Operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here