Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Isu pembangunan terus belenggu masyarakat Sukau
Published on: Friday, January 10, 2025
Published on: Fri, Jan 10, 2025
Text Size:
Text:
Isu pembangunan terus belenggu masyarakat Sukau
Kurniawan mengkritik tiadanya peruntukan daripada Ketua Menteri untuk membaiki tandas itu sejak lebih setahun lalu.
KINABATANGAN: Isu-isu pembangunan yang membelenggu masyarakat di Sukau, termasuk tandas awam Kampung Bilit yang tidak lagi dapat digunakan serta projek pembinaan Rumah SMJ yang terbengkalai, adalah mengecewakan, kata Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.

“Situasi ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan projek,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Beliau merujuk kepada suatu video yang disiarkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau, Juslee Arpaih pada awal tahun lalu, yang menyalahkan Adun Sukau Datuk Jafry Ariffin berhubung tandas awam di Kampung Bilit. 

Bagaimanapun, Kurniawan menegaskan, “Ia tidak wajar untuk menyalahkan Adun Sukau kerana kemudahan tersebut sudah disediakan sebelum ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penjagaan harta awam adalah tanggungjawab bersama, dan kerosakan yang berlaku saban tahun perlu diselesaikan melalui kerjasama, bukannya sekadar menuding jari kepada pihak lain.”

Kurniawan mengkritik tiadanya peruntukan daripada Ketua Menteri untuk membaiki tandas itu sejak lebih setahun lalu.

Advertisement
“Malangnya, PPM Sukau masih merungut dan menyalahkan pula Barisan Nasional (BN), yang kini merupakan pembangkang di Sabah,” tambahnya.

Mengenai projek Rumah SMJ, Kurniawan mendedahkan, daripada 30 unit rumah yang dijanjikan, hanya enam unit sudah siap.

Advertisement
“Lebih mengecewakan, kontrak pembinaan dilanjutkan sebanyak tiga kali dan dijadualkan tamat pada Februari 2025. Namun, tiada kerja-kerja pembinaan dimulakan. 

“Sebaliknya, masyarakat diminta menanggung kos meluaskan tapak pembinaan, yang menelan belanja ribuan ringgit,” jelasnya.

Kurniawan memberi amaran, jika kontraktor yang dilantik masih gagal menyelesaikan projek ini dalam tempoh lanjutan terakhir, beliau akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sendiri akan memastikan pihak bertanggungjawab diadili,” katanya.

Kurniawan turut mengajak PPM Sukau untuk bersama-sama membuat laporan kepada SPRM, sekiranya yakin tiada penyelewengan berlaku.

“Sebagai pemimpin, kita perlu bertindak berani dan telus. Masyarakat Sukau tidak patut terus dianiaya,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak berkaitan untuk segera tampil memberikan penjelasan serta menyelesaikan masalah ini demi kesejahteraan masyarakat di Sukau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here