Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dadah: Penjual sayur kena 5 tahun, sebat
Published on: Saturday, January 11, 2025
Published on: Sat, Jan 11, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dadah: Penjual sayur kena 5 tahun, sebat
Kesalahan di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang penjual sayur berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sekali sebatan rotan kerana berulang kali mengambil syabu.  

Jubili Jamino mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Dia didapati mengambil dadah itu jam 1 pagi, 2 Oktober 2024, selepas ujian air kencingnya di Balai Polis Ranau positif dadah.  

Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.  

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penahanannya.  

Advertisement
Selepas selesai menjalani hukuman penjara, Jubili diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.  

Sementara itu, enam individu dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga lapan bulan masing-masing kerana mengambil syabu.  

Advertisement
Mereka ialah Mohd Hafizal Tamin, Nuramira Shahrol Isham, Arwan Awang, Azirah Wilson, Quddus Anuar dan Mohammad Salleh Jaani.  

Kesemua mereka diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara.  

Quddus, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.  

Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here