Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Masjid juga jadi pusat komuniti: Poon
Published on: Saturday, January 11, 2025
Published on: Sat, Jan 11, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Masjid juga jadi pusat komuniti: Poon
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon
SANDAKAN: Masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga berperanan sebagai pusat komuniti yang menyatukan masyarakat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon.  

Sehubungan itu, Poom komited untuk menyokong keperluan dan memperkukuh peranan institusi keagamaan di daerah ini.

Advertisement
Ini termasuk menyumbangkan barangan keperluan kepada Masjid Daerah Sandakan baru-baru ini.  

Antara barangan yang disumbangkan ialah mesin pengering tangan, pengisar tangan, inverter ribut, dan pembersih vakum untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen Adun itu dalam membantu institusi komuniti, tanpa mengira latar belakang agama atau budaya, bagi memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan masyarakat setempat.  

“Kami berharap sumbangan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dan memperkukuh peranan masjid sebagai institusi utama dalam masyarakat,” tambahnya.

Advertisement
Sementara itu, pihak pengurusan Masjid Daerah Sandakan melahirkan rasa syukur atas keprihatinan dan sokongan Poon yang mengutamakan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sandakan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here