Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jalan, jambatan tidak dibaiki timbulkan bahaya
Published on: Saturday, January 11, 2025
Published on: Sat, Jan 11, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Jalan, jambatan tidak dibaiki timbulkan bahaya
SKRU terdedah di atas jambatan (gambar kiri). SALAH satu jalan berlubang.
BEAUFORT: Jalan berlubang di Jalan Kampung Bukau, dekat simpang ke Kampung Lumadan, dibiarkan tanpa dibaiki, menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya, kata bekas pemimpin pembangunan masyarakat Sindumin, Sani Miasin.  

“Mana-mana kenderaan yang melalui jalan itu dan terkena lubang pasti berisiko mengalami tayar bocor.

Advertisement
“Banyak lagi lubang di jalan itu yang saya tidak sempat rakam... Saya hanya membantu mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.  

Sani, yang juga ketua bahagian KDM Sipitang, berkata syarikat konsesi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengambil tindakan segera kerana jalan itu sudah lama berada dalam keadaan buruk.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berharap jalan terbabit dapat dibaiki segera.  

Difahamkan, baru-baru ini sebuah kenderaan kecil hampir tersangkut di lubang itu semasa banjir, menyebabkan salah satu tayarnya pecah.  

Advertisement
Sementara itu, seorang penduduk tempatan Abang Rosnan Abang Sapawi, menggesa pihak berkuasa membaiki jambatan di Kampung Meraba kerana skru yang terdedah boleh menyebabkan tayar bocor.  

“Saya bimbang kenderaan kecemasan seperti jentera bomba, kereta polis, atau ambulans boleh terkena skru tersebut. Ini akan membahayakan keselamatan mereka,” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here