Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemandu warga emas maut lori pasir terbabas di K. Marudu
Published on: Saturday, January 11, 2025
Published on: Sat, Jan 11, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Pemandu warga emas maut lori pasir terbabas di K. Marudu
Jabatan bomba berkata pasukan mereka mengambil masa kira-kira 30 minit dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. (Gambar bomba)
KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas maut apabila lori 10 tan membawa muatan pasir yang dipandunya terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik dalam kejadian nahas jalan raya di Kampung Mangaris dekat sini pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Penolong penguasa bomba (PPgB) Mohd Hasbi Hajat berkata, mangsa iaitu Chong Chee Yin, 68, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Advertisement
Menurut Hasbi, seramai sepuluh anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Jakri Bahar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 Kilometer sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 7.49 pagi.

Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit dan menggunakan peralatan khas (Hydraulic Jack) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here