Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
9 pekerja ladang terhidu racun serangga dirawat di hospital Kinabatangan
Published on: Saturday, January 11, 2025
Published on: Sat, Jan 11, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
9 pekerja ladang terhidu racun serangga dirawat di hospital Kinabatangan
Pasukan bomba di lokasi kejadian. (Gambar bomba)
KINABATANGAN: Sembilan pekerja ladang dilapor terhidu racun serangga jenis Carbosulfan UN3077 semasa menjalankan aktiviti membaja pokok sawit pada jam 9.00 pagi tadi di ladang yang berkeluasan 20 ekar di sebuah ladang di Ladang di Kinabatangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 3.11 petang melalui talian balai segera menghantar enam anggota dari balai itu menggunakan kelengkapan pelindung diri (PPE) ke lokasi sejauh 45km dari balai itu.

Advertisement
Katanya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian. 

Tambahnya, pasukan Bomba bertindak menutup kawasan dan membuat persempadanan dengan memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada keberbahayaan lain yang wujud. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, Azlan berkata, pasukan Bomba juga menasihati pemilik ladang untuk sentiasa menggunakan PPE yang sesuai semasa kerja-kerja ketika meracun. 

Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang selepas operasi terkawal pada jam 5.30 petang. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here