Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
SSA, KYC dan Kelab Pelayaran Fukuoka anjur program bersama
Published on: Sunday, January 12, 2025
Published on: Sun, Jan 12, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
SSA, KYC dan Kelab Pelayaran Fukuoka anjur program bersama
PARA peserta bergambar bersama selepas program tersebut.
Kota Kinabalu: Satu program pelayaran antarabangsa bersama anjuran Persatuan Pelayaran Sabah (SSA) dengan kerjasama Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC) dan Kelab Pelayaran Fukuoka dari Jepun telah berlangsung dengan jayanya di Tanjung Aru baru-baru ini.

Acara sehari itu melibatkan 25 kelasi dari SSA manakala pasukan Jepun seramai 11 orang yang berkunjung diketuai pengurus pasukan Hideaki Sakaguchu dengan Kanade Nakamura sebagai pengarah terdiri daripada ahli Saori Sakaguchi, Haruna Hirowatari, Ayako Nagami, Aki Nagakura, Kantaro Nagakura, Sawako Nagakura, Miyu Sakaguchi, Hana Nagami dan Shunkai Hirowati.

Advertisement
Presiden SSA Zainal Madi berkata matlamat utama program itu adalah untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan pembangunan kemahiran melalui pelayaran.

Penyampaian majlis burgee dihadiri oleh Komodor KYC Albert Shim, naib presiden SSA Ahmad Yusoff dan pengurus kelab KYC Tony Lai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Tony berkata acara seterusnya yang akan diadakan di kelab itu ialah Regatta Terbuka Hari Bandaraya 2025 pada 8-9 Februari dan mereka menjangkakan penyertaan peserta dari luar negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here