Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tamu Desa Telupid siap 90 peratus
Published on: Sunday, January 12, 2025
Published on: Sun, Jan 12, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Tamu Desa Telupid siap 90 peratus
EWON (tengah) serta hadirin memotong kek beramai-ramai sebagai simbolik kepada majlis itu.
TELUPID: Pembinaan Tamu Desa daerah Telupid kini siap hampir 90 peratus.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick, apabila siap kelak, ia diharap akan memberi kemudahan yang terbaik untuk peniaga di tamu desa itu.

Advertisement
“Tamu desa ini buat julung kalinya kita perkenalkan tahun lepas menerusi peruntukan belanjawan untuk pelaksanaannya di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

“Tahun ini, melalui Belanjawan 2025, kita juga akan meneruskan pembinaan tamu desa dan membukanya di kawasan yang dikenalpasti untuk kemudahan peniaga terlibat,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Ketua Pemuda Upko di Dewan Kampung Telupid Batu 4, Telupid, pada Sabtu.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Connie Parantis dan Pengerusi Penganjur, Felix Joseph Saang.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Ewon berkata, permohonan peniaga tamu, peniaga kedai dan pemimpin setempat berhubung keperluan untuk membuka sebuah lagi perkhidmatan perbankan di Telupid akan dimajukan kepada pihak berkaitan.

Jelas Ewon, pihaknya juga berharap Bank Rakyat antaranya akan menilai keperluan untuk membuka cawangan di daerah Telupid untuk manfaat pengguna seperti peniaga tamu, usahawan kecil dan pengusaha kedai, yang dilihat akan memberi tambah nilai kepada pengguna.

Advertisement
Ketika ini, Telupid mempunyai dua perkhidmatan bank iaitu BSN dan Agrobank.

Berkenaan majlis itu, Ewon berkata, ia adalah program tradisi Upko bahagian yang meraikan kepelbagaian perayaan yang disambut bersama seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan. 

“Ini juga akan terus memupuk perpaduan dan kebersamaan yang sudah terjalin sekian lama dalam kalangan pelbagai kaum dan budaya di negeri ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here