Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penunggang motosikal patah kaki kanan
Published on: Sunday, January 12, 2025
Published on: Sun, Jan 12, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Penunggang motosikal patah kaki kanan
PASUKAN bomba menghantar mangsa ke Hospital Tuaran.
Tuaran: Seorang lelaki berusia 37 tahun cedera parah apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan melibatkan kenderaan lain di Jalan Tuaran berhampiran Taman Telipok Ria di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang menunggang motorsikal berkenaan mengalami patah kaki di bahagian kanan.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.07 petang.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebaik tiba, mangsa diberi rawatan awal dan dibawa menaiki EMRS ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut”.

“Dua lagi mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Axia dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, pasukan bomba turut bertindak menjalankan pemeriksaan kenderaan dan sekitar lokasi bagi mencegah bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here